Projek Konvensional Cili 833 Big Ipoh

Penat memang penat. Tengok pun dah penat. Kali ni takpa, buruh ramai. Lain kali, tak boleh buat lagu ni. Perlu guna silvershine, tahi ayam perlu ada. Apapun, perlu buat bersungguh-sungguh, penuh minat dan disiplin serta sistematik dalam bertani. Mudah-mudahan berjaya.





Cili Hidup Subur

Berikut adalah gambar-gambar cili fullsky yang sedang hidup subur. Baja cukup, perosak dan penyakit terkawal, hasil akan maksimum.

Klik untuk paparan lebih jelas





















Pasaran Cili Di Utara

Cabai melaka a.k.a cili kecil merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Pada masa ini, cili yang kami tanam sedang mengeluarkan hasil. Hasil tuaian untuk buah pertama amat mengagumkan. Tetapi kami menghadapi masalah untuk menjual hasil.

Masalah utama yang kami hadapi ialah harga yang tidak munasabah yang diberi oleh peniaga pasar. Ada peniaga yang menawarkan harga RM3/kg. Ada RM4.5/kg. Ada RM5/kg. Paling rendah harga yang ditawarkan ialah RM2.6/kg. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit (2kg - 4kg). Ini betul-betul mau kasi mati sama gua. Pening-pening sangat, kami jual hasil cili terus kepada pelanggan dengan harga RM7/kg. Tapi kelemahan cara ini ialah, RUMIT. Perlu bungkus dalam kuantiti yang kecil (RM2/285gram), dan perlu menjaja seorang demi seorang. Hasil sikit, okay lagi lah. Kalau hasil yang ada 30kg sekali petik? pitam terus.

Kami cuba untuk menjual kepada restoran makanan, tetapi tak dapat jual juga atas alasan "tak guna cabai melaka, kalau cabai hidup mau la". Bila barang dah ada, tak mau. Bila takda, tanya pula.

Masalah ini timbul disebabkan lambakan cili dari Siam. Cili siam amat murah di Malaysia, hanya RM2.6/kg. Para peniaga gemar ambil cili ini kerana harga ladang yang murah dan boleh dijual dengan harga 2 kali ganda dari harga ladang.

Selain itu, kurang kesedaran dari peniaga dan pengguna tentang keselamatan makanan dari negara jiran itu. Penggunaan racun kimia yang tak terkawal oleh petani siam amat berleluasa. Selain itu, kebanyakkan racun yang digunakan di negara itu tidak selamat dan boleh membahayakan pengguna. Walaupun kami menggunakan racun kimia, tetapi kadar penggunaan amat minimum dan terkawal.

Persoalannya di sini, bagaimana cili siam boleh terjual berleluasa di negara ini? Adakah mereka menyeludup masuk hasil pertanian mereka ke negara ini seperti kes beras seludup? Jika hasil mereka masuk menggunakan AP yang dikeluarkan kerajaan, pasti kadar kemasukkan terkawal.

Berbeza pula pasaran cili kecil di Johor. Paling biasa harga cili kecil pekedai akan beli dengan harga RM10/kg. Ada yang mencapai sehingga RM18/kg. Ini kerana mereka tahu beza rasa antara cili tempatan dengan cili siam. Maklum balas dari pengguna yang kami perolehi, rasa cili siam kurang sedap berbanding cili tempatan.

Usaha yang kami lakukan untuk mencari pemborong cili yang menawarkan harga yang tinggi akhirnya berakhir. Kami dapat jual hasil dengan harga RM5.5/kg. Ini sudah kira bagus kerana mereka sanggup ambil dengan kuantiti yang banyak walaupun setiap hari.

Masalah ini membuatkan kami terfikir untuk menjalankan projek berskala sederhana dan besar pada masa akan datang supaya dapat meminimumkan kos ladang dan meninggikan hasil pengeluaran.

Cili Centil

Cuti seminggu yang lepas sempat juga menjenguk tapak projek cili centil yang telah habis pusingan pengeluaran. Tapak projek dah menghijau, penuh dengan semak samun. Fikir-fikir, dari biarkan bersemak ada baik ditanam serai, maintenance pun kurang.

Semasa kerja-kerja pembersihan tapak, masih lagi ada pokok cili centil yang hidup subur dan berbuah banyak walaupun dah ditinggalkan beberapa bulan lepas selepas mengeluarkan hasil kira-kira setahun lepas. Buah masih cantik dan boleh diterima pasaran. Ternyata tanaman di atas tanah amat berbaloi diusahakan. Kuncinya, tanah yang subur menghasilkan pokok yang subur.

note : klik image untuk paparan lebih jelas

















Masalah Bancuhan Baja Fertigasi

Terfikir saya tentang kaedah bancuhan baja fertigasi. Walaupun formula baja telah dikira, ditimbang dan dilarutkan dengan betul mengikut ppm(part per million) yang optimum untuk sesuatu pokok, adakah ia dapat memenuhi keperluan nutrient oleh pokok ketika serapan nutrient oleh akar?

Masalahnya di sini, ketika stok baja dilarutkan dalam air kosong, kandungan stok A dan stok B tidak betul-betul sama. Ada juga stok yang tertumpah ketika hendak mencurah ke dalam tangki. Ini akan menyebabkan ppm unsur tidak seimbang walaupun EC(electric conductivity) seperti yang kita inginkan.

Apabila ppm tidak seimbang, ini akan menyebabkan persaingan resapan nutrient pada akar. Mungkin ada yang tidak dapat diserap.

Penyelesaian yang saya dapat fikirkan ialah :
1. Sukat stok baja A dan B dengan tepat.
2. Tuangkan stok ke dalam air kosong di dalam tangki dengan cermat. Elakkan tertumpah.
3. Selepas setiap tuangan stok ke dalam tangki, cuci atau tenggelamkan bekas ke dalam air di dalam tangki. Ini untuk memastikan stok yang tertinggal dalam bekas akan melarut di dalam air tangki.

Projek Fertigasi Cili Pertama

Ini merupakan projek tanaman cili secara fertigasi kelab jutawan IPBL. Sebelum ini projek fertigasi yang kami usahakan adalah hanya bertujuan untuk pembelajaran pertama sebelum memulakan projek sebenar. Saiz projek fertigasi ini adalah 500 pokok. Varieti tanaman yang digunakan ialah cili full sky. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika umur pokok 15HST.

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

Baja Fertigasi

Inilah baja fertigasi yang kami gunakan untuk plot cili fertigasi kami. Jisim setiap baja ditimbang mengikut ppm(Part Per Million) optimum unsur yang diperlukan oleh tumbuhan.




calcium nitrate Ca(NO3)2



pottasium nitrate KNO3



MKP KH2PO4



pottasium sulfat K2SO4



magnesium sulfate/epsomite MgSO4.7(H2O)



Fe-EDTA



Hibor H3Bo3



Mn-EDTA



Cu-EDTA



Zn-EDTA



Na2MoO4