Projek Fertigasi Cili Pertama

Ini merupakan projek tanaman cili secara fertigasi kelab jutawan IPBL. Sebelum ini projek fertigasi yang kami usahakan adalah hanya bertujuan untuk pembelajaran pertama sebelum memulakan projek sebenar. Saiz projek fertigasi ini adalah 500 pokok. Varieti tanaman yang digunakan ialah cili full sky. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika umur pokok 15HST.

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

cili full sky

Baja Fertigasi

Inilah baja fertigasi yang kami gunakan untuk plot cili fertigasi kami. Jisim setiap baja ditimbang mengikut ppm(Part Per Million) optimum unsur yang diperlukan oleh tumbuhan.




calcium nitrate Ca(NO3)2



pottasium nitrate KNO3



MKP KH2PO4



pottasium sulfat K2SO4



magnesium sulfate/epsomite MgSO4.7(H2O)



Fe-EDTA



Hibor H3Bo3



Mn-EDTA



Cu-EDTA



Zn-EDTA



Na2MoO4

Kelab Jutawan IPBL Tani

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini dibagunkan bertujuan sebagai jurnal online bagi Kelab Jutawan IPBL Batch 2011/2013. Kelab ini terdiri dari seorang penasihat yang berpengalaman dalam bidang pertanian dan 20 orang anak muda.

Kelab Jutawan IPBL ditubuhkan atas dasar minat yang extreme terhadap bidang pertanian terutamanya tanaman sayuran singkat masa. Kelab ini juga menerapkan teknologi, inovasi dan kreativiti dalam aktiviti pertanian yang dijalankan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dengan kos yang minimum.

Projek yang kami jalankan adalah berskala kecil dan memfokuskan kepada pembelajaran. Buat masa ini, kami sedang menjalankan projek cili dan rock melon secara fertigasi. Untuk masa akan datang, kami akan membuka plot tanaman jagung secara konvensional dan sayuran daun secara hidroponik.

Di sini kami menyemai cita-cita memajukan sektor pertanian diiringi dengan semangat dan kekuatan untuk maju untuk masa akan datang. Insyallah.