Cabai melaka a.k.a cili kecil merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Pada masa ini, cili yang kami tanam sedang mengeluarkan hasil. Hasil tuaian untuk buah pertama amat mengagumkan. Tetapi kami menghadapi masalah untuk menjual hasil.
Masalah utama yang kami hadapi ialah harga yang tidak munasabah yang diberi oleh peniaga pasar. Ada peniaga yang menawarkan harga RM3/kg. Ada RM4.5/kg. Ada RM5/kg. Paling rendah harga yang ditawarkan ialah RM2.6/kg. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit (2kg - 4kg). Ini betul-betul mau kasi mati sama gua. Pening-pening sangat, kami jual hasil cili terus kepada pelanggan dengan harga RM7/kg. Tapi kelemahan cara ini ialah, RUMIT. Perlu bungkus dalam kuantiti yang kecil (RM2/285gram), dan perlu menjaja seorang demi seorang. Hasil sikit, okay lagi lah. Kalau hasil yang ada 30kg sekali petik? pitam terus.
Kami cuba untuk menjual kepada restoran makanan, tetapi tak dapat jual juga atas alasan "tak guna cabai melaka, kalau cabai hidup mau la". Bila barang dah ada, tak mau. Bila takda, tanya pula.
Masalah ini timbul disebabkan lambakan cili dari Siam. Cili siam amat murah di Malaysia, hanya RM2.6/kg. Para peniaga gemar ambil cili ini kerana harga ladang yang murah dan boleh dijual dengan harga 2 kali ganda dari harga ladang.
Selain itu, kurang kesedaran dari peniaga dan pengguna tentang keselamatan makanan dari negara jiran itu. Penggunaan racun kimia yang tak terkawal oleh petani siam amat berleluasa. Selain itu, kebanyakkan racun yang digunakan di negara itu tidak selamat dan boleh membahayakan pengguna. Walaupun kami menggunakan racun kimia, tetapi kadar penggunaan amat minimum dan terkawal.
Persoalannya di sini, bagaimana cili siam boleh terjual berleluasa di negara ini? Adakah mereka menyeludup masuk hasil pertanian mereka ke negara ini seperti kes beras seludup? Jika hasil mereka masuk menggunakan AP yang dikeluarkan kerajaan, pasti kadar kemasukkan terkawal.
Berbeza pula pasaran cili kecil di Johor. Paling biasa harga cili kecil pekedai akan beli dengan harga RM10/kg. Ada yang mencapai sehingga RM18/kg. Ini kerana mereka tahu beza rasa antara cili tempatan dengan cili siam. Maklum balas dari pengguna yang kami perolehi, rasa cili siam kurang sedap berbanding cili tempatan.
Usaha yang kami lakukan untuk mencari pemborong cili yang menawarkan harga yang tinggi akhirnya berakhir. Kami dapat jual hasil dengan harga RM5.5/kg. Ini sudah kira bagus kerana mereka sanggup ambil dengan kuantiti yang banyak walaupun setiap hari.
Masalah ini membuatkan kami terfikir untuk menjalankan projek berskala sederhana dan besar pada masa akan datang supaya dapat meminimumkan kos ladang dan meninggikan hasil pengeluaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
terbaik.. bro.. boleh pm num phone tak.. num sy 019 372 8915.. area gombak.. tq bro
Post a Comment